Pages

Subscribe:

Jumaat, 16 November 2012

~* Pilih kawan yang baik ~*

♥ Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali.

♥ Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik.

♥ Pertama :

PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati setiap masa.

♥ Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu membawa celaka kepada kita.

♥ Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat yang menjadikan kita rosak binasa.

♥ Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah yang kita ada.

♥ Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa raga kita dan menghilangkan kepercayaan manusia kepada kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan