Pages

Subscribe:

Rabu, 28 November 2012

~* UJIAN HARTA ~*


♥ Syeikh BISYR bin Al-Harith berkata :
♥ Tinggalkanlah kerakusan mu terhadap dunia.
♥ Dan janganlah kamu tamak terhadap tipudayanya.
♥ Janganlah kamu sibuk mengumpulkan harta.
♥ Kerana kamu tidak tahu harta itu untuk siapa.
♥ Orang yang tamakkan harta benda itu pasti papa kedana.
♥ Sementara setiap orang yang tidak tamak dan bersederhana pasti ia menjadi kaya.
♥ Orang yang tersalah niat dalam mencari harta.
♥ Akan hidup sukar bagaikan hamba sahaya.
♥ Dia melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama nya.
♥ Sehingga di bayangi kefakiran dan kepapaan di dalam hidup nya.

♥ Ibnu Uyainah berkata :
♥ Orang yang menginginkan KEMULIAAN.
♥ Maka akan di berikan KEHINAAN.
♥ Orang yang menginginkan KEKAYAAN.
♥ Maka akan di berikan KEFAKIRAN.
♥ Orang yang menginginkan KESOLEHAN.
♥ Maka ALLAH akan menghimpunkan untuk nya KEMULIAAN dan KEKAYAAN.
(^_^)V♥♥♥~*

0 ulasan:

Catat Ulasan