Pages

Subscribe:

Jumaat, 16 November 2012

~* Hijrah Diri ~*

♥ Assalamu'alaikum sahabat tersayang.
♥ Halangan terbesar kepada HIJRAH DIRI adalah :
♥ KITA MASIH BERBOHONG KEPADA DIRI SENDIRI.
♥ Contoh bohong yang nyata di beri :
♥ Kata yakin Allah Maha Pemberi tetapi kita kurang berdoa untuk meminta bantuan dari Ilahi.
 ♥ Kata nak berhijrah diri tapi tak mengaku kelemahan/kesilapan diri sendiri.
♥ Kata Allah cipta kita dengan sempurna tetapi kita tak yakin untuk berjaya.
♥ Kata nak cuba sungguh-sungguh tapi macam melepaskan batuk di tangga.
♥ Kata nak istiqamah sentiasa tetapi hangat-hangat tahi ayam saja.
♥ Kata yakin kepada qada' dan qadar tetapi kecewa apabila gagal.
♥ Kata orang Islam bersaudara tetapi masih benci dengki dendam dan tamak haloba.
♥ Kata sayang kepada pasangan tetapi kita  tidak pernah nak pamerkan.
♥ Kata nak jadi pemimpin di dunia tetapi tak pernah pimpin keluarga untuk masuk ke syurga.
♥ Kata bertawakkal kepada Allah dalam segala-galanya tetapi masih mengharap kepada manusia untuk membantu kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan