Pages

Subscribe:

Jumaat, 9 November 2012

~* Berziarah itu satu tuntutan ~*


♥ BERZIARAH ITU SUATU SUNNAH.
♥ NIAT BERZIARAH MENJADI IBADAH.

♥ Sesungguhnya Allah berfirman pada Hari Qiamat.
Hai anak Adam. AKU sakit tetapi anda tidak menjengok AKU.
Jawabnya : Ya Rabbi ! Bagaimana aku sambang ( ziarah )

Padahal Engkau Rabbul 'Alamin ? ( Tuhan semesta alam )
Allah berfirman : Apakah anda tidak mengetahui bahawa hamba KU si fulan sakit ? Dan anda tidak menjengok nya. Apakah anda tidak mengetahui bahawa sekiranya anda sambang pada nya nescaya pasti anda mendapatkan AKU pada nya ( Pahala KU yang tidak terhingga besar nya ).
( H.Q.R Imam Muslim ).

♥ Sesungguhnya orang yang sambang ( ziarah ) orang yang sakit itu akan di naungi oleh Allah dengan tujuh puluh lima ribu Malaikat.
( Riwayat Imam At-Thabarani ).

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Tiga macam perkara dan ketiga nya kewajipan terhadap tiap Muslim :
1. Sambang orang sakit.
2. Menghadiri jenazah.
3. Mendoakan orang yang bersin jika membaca Alhamdulillah.
( H.R. Imam Bukhari ).

♥ Jika seorang hamba menziarahi saudaranya sesama Muslim di waktu pagi maka akan di doakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat hingga sore. Dan jika sambang di waktu sore maka akan di doakan oleh tujuh puluh ribu Malaikat hingga pagi nya.
( Riwayat Imam Ahmad ).

0 ulasan:

Catat Ulasan