Pages

Subscribe:

Sabtu, 3 November 2012

~* Destinasi terakhir kita ~*


Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Jakfar bin Muhammad dari ayah nya berkata : Baginda Rasulullah s.a.w. melihat Malaikat Maut di sisi kepala seorang Ansar ( yang sedang sakaratul maut ) lalu Baginda bersabda kepada nya :
Wahai Malaikat Maut  ! Berlembutlah engkau terhadap sahabat ku kerana dia adalah seorang Mukmin.
Lalu Malaikat Maut berkata :
Wahai Muhammad ! Tenangkan jiwa mu dan sejukkan pandangan mu kerana saya berlembut terhadap setiap orang Mukmin.

Di riwayatkan daripada Abu Sa'ad r.a. berkata bahawa :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ketika seorang Mukmin di kebumikan maka kubur menyambutnya dan menyampaikan khabar gembira :
♥ Kamulah kesayangan ku yang berjalan di atas ku.
♥ Sekarang kamu telah datang menemani ku.
♥ Dan aku sekali-kali tidak akan meninggalkan mu.
Setelah mengatakan perkara itu maka kubur menjadi lebar sejauh mata memandang dan pintu syurga terbuka.
( H.R.Imam Tirmidzi ).

Di riwayatkan bahawa kubur setiap hari menyeru manusia lima kali :
♥ Pertama : Aku rumah yang terpencil. Maka kamu akan lapang dan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
♥ Kedua : Aku rumah yang gelap. Maka terangilah aku dengan selalu sembahyang di tengah malam ( tahajjud ).
♥ Ketiga : Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu. Maka bawalah amal-amal yang soleh menjadi hamparan di situ.
♥ Keempat : Aku rumah binatang berbisa. Maka bawalah "BISMILLAH " menjadi penawar nya.
♥ Kelima : Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir. Maka banyakkanlah amalan membaca : " LAA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH " agar kamu dapat menjawab dengan mudah.
( Dari Kitab Alam Barzah )

0 ulasan:

Catat Ulasan